Sempena pemergian kak Lin ke Mekah 12 Nov ni dan sempena bulan Syawal, ade kenduri doa selamat kat rumah. Tapi kami x masak sangat pun. Jiran2 dan sedara yang tolong masak dan bawak.
Menu : lemang + rendang
ketupat +kuah kacang
laksa
nasi tomato +kuah dal +ayam masak merah+ papadam
buah + kuih muih + dadih (mangga+ strawberry)
air bandung + sirap
Mula makan2 dalam kul 2 lebih, venue kat garaj kami depan rumah. Kerusi meja semua dah tersedia oleh pakcik2 jiran sebelah. Kumpulan yasin wanita yg dijemput ni boleh tahan gak suara diorang..bile baca doa taubat mendayu2 gitu..dan ade la doa2 lain dengan lagu2 sekali..kagum aku. Bangga kalau dapat join..
errr.. ade spelling error.. 'papadom' laaa, bukan 'papadam'.. ko nak 'padam' ape weh?? hahaha
sekian..
~ikhlas dari jawatankuasa dewan bahasa dan pustaka